PANORAMA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH

MERCU TANDA

Sekiranya anda melalui jalan utama untuk menuju ke KOSASS , pastinya anda akan terpegun menyaksikan betapa megahnya tersergam sebuah perisai diatas satu platform yang diperbuat daripada batu marmar. Mercu Tanda KOSASS yang utama ini amat dibanggakan oleh seluruh warga kolej. Ia menggambarkan KOSASS sebagai kolej yang sinonim dengan PALAPES.

Kereta kebal yang menjadi tonggak utama Mercu Tanda ini adalah buatan United Kingdom. Dengan nombor pendaftaran Z1201, kereta kebal ini diberi nama Ferret Scout Car Reconnaissance mk 2/3. Senjata utama kenderaan ini adalah Machine Gun Browning 030 dan Smoke Grenade. Ia menggunakan enjin jenis Roll Royce 660, Petrol Output 96.9 kw@3750rpm dengan nombor sirinya 18995. Ketinggian kereta kebal ini adalah 1.879 meter manakala lebarnya pila adalah 3.835 meter. Ia pernah digunakan di Congo semasa misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

KEPTEN Mahat Che Mat (kini bergelar Lt Kol Mehat Che Mat KAT PCK PNBB KPK) adalah individu yang bertanggungjawab membawa pulang kereta kebal ini ke Malaysia. Untuk menjadikan kereta kebal ini sebagai Mercu Tanda Kolej Ke-7 (sekarang KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH), AngkatanTentera Malaysia dan Markas PALAPES UPM telah menjalinkan kerjasama dengan Hasda Construction yang telah bermurah hati membiayai kos pembinaan tapak manakala Kedah Marble Sdn. Bhd. pula menyumbangkan kepingan marmar.

Pembinaan Mercu Tanda KOSASS selesai apabila kereta kebal yang menjadi kebanggaan warga kolej diletakan di atas platform marmarsetelah unjuran dan binaan marmar itu siap. YM Tengku Dato' Ahmad Rithaudeen Al-Haj Tengku Ismail selaku Menteri Pertahanan pada ketika itu menyempurnakan upacara perasmian Mercu Tanda KOSASS serentak dengan sambutan perayaan HAri Keluarga Kali Ke-3.