PIAGAM PELANGGAN

Pelaksanaan Piagam Pelanggan adalah bertujuan untuk memajukan pentadbiran awam pada masa ini khususnya berkaitan dengan tahap perkhidmatan, meningkatkan produktiviti dan kualiti anggota-anggota perkhidmatan awam.Piagam Pelanggan juga dilihat sebagai satu mekanisma pentadbiran khusus bagi tujuan memberikan perkhidmatan berkualiti yang dapat menepati kehendak pelanggan.

Piagam Pelanggan juga mengutamakan kepuasan pelanggan samada pelanggan dalaman atau pun pelanggan luaran. Dengan adanya Piagam Pelanggan ini, pelanggan dapat mengetahui dengan jelas fungsi sesuatu jabatan / agensi kerajaan serta memudahkan mereka berurusan bagi memenuhi keperluan mereka.