Kunyit (curcuma) adalah sejenis tanaman herba yang tumbuh meliar di semak sekitar kawasan beriklim Tropika. Ia berasal dari Binar, India tumbuh pada ketinggian 1300 – 1600 meter dan kemudian tanaman ini disebarkan ke Malaysia, Indonesia, Australia malah ke Afrika. Kunyit mempunyai banyak nama seperti Kha Min (Thailand), Manjal (India), Haldi (Hindi), Kurkum (Arab), Kunyir, Janar (Indonesia) Turmeric, Indian Saffron , Yellow Ginger (Inggeris). India merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama kunyit dan dijadikan sebagai tanaman komersial.
Kunyit merupakan bahan penting dalam masakan iaitu sebagai rempah bagi menyedapkan dan memberi warna kepada sesuatu masakan..Di India, industri tekstil menjadikan ekstrak kunyit sebagai bahan pewarna pakaian manakala rakyat Indonesia merebus kunyit untuk dijadikan jamu untuk tujuan kecantikan dan untuk kesihatan ibu selepas bersalin. Selain itu, kunyit digunakan sebagai ubat-ubatan bagi merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser dan alzheimer. Ia juga boleh dijadikan ulam dan daun kunyit itu boleh dicampur di dalam rendang bagi menyerlahkan bau masakan.
Terdapat 4 jenis variasi kunyit yang hidup subur di kawasan beriklim iaitu kunyit kuning, kunyit hitam, kunyit putih dan kunyit merah. Setiap jenis kunyit ini mempunyai tempoh matang yang berbeza beza di antara 190 hari hingga 285 hari (Mardi, 2005).
Masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan adanya kunyit sebagai rempah yang digunakan di dalam pelbagai masakan seharian seperti gulai kunyit ataupun sekadar bahan penyedap untuk ayam mahupun ikan goreng. Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu. Bahan rempah yang juga dikenali sebagai haldi di India ini sangat mudah untuk di tanam sekitar kawasan rumah anda.
Cara cara menanam kunyit termasuklah dengan membalut kunyit menggunakan surat khabar yang lembap yang kemudiannya disimpan di kawasan yang gelap atau tidak terdedah dengan cahaya matahari. Selepas itu, ia perlulah dipantau sekali sekala bagi memastikan balutan surat khabar sentiasa lembap. Tunas akan mula tumbuh selepas dua hingga tiga minggu yang kemudiannya perlu ditanam ke dalam medium tanaman yang sesuai. Penggunaan medium penting bagi memastikan ia tumbuh dengan sihat. Kunyit juga mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi yang sangat bagus bagi sesiapa yang mahu merawat masalah kulit dan rambut. Serlahkan kecantikan semula jadi anda menggunakan kunyit dengan informasi dan cara menangani masalah seharian ini;
Cara penggunaan:
Dengan menggunakan serbuk kunyit, anda boleh menyediakan mask muka dengan mencampurkan ia bersama serbuk cendana dan jus limau. Selepas itu, aplikasikan campuran tadi ke muka dan biarkan selama sepuluh minit yang kemudiannya dibasuh dengan air suam.
Bagi sesiapa yang mahu menghilangkan parut jerawat di muka, anda boleh mencampurkan kunyit dan air kosong selama 15 minit.
Cara Penggunaan:
Bagi menghilangkan kedutan di muka dan membuatkan kulit lebih anjal, kunyit boleh dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan mask yang boleh dipakai di rumah pada bila bila masa sahaja. Untuk membuat mask muka, anda perlulah mencampurkan serbuk kunyit, serbuk beras, susu mentah dan jus tomato yang kemudiannya dilumurkan ke keseluruhan muka dan leher selama 30 minit. Selepas itu, bersihkan muka dan leher anda menggunakan air suam.
Cara Penggunaan:
Kunyit boleh merawat selaran matahari kerana ia mempunyai kandungan antiseptik. Anda boleh mencampurkan kunyit bersama gel aloe vera dan letakkan ia di tempat yang mengalami selaran matahari.
Cara Penggunaan:
Bagi merawat rekahan tumit kaki, anda memerlukan 3 sudu serbuk kunyit yang sudah dicampurkan bersama beberapa titis minyak kelapa atau minyak jarak yang kemudiannya di aplikasikan di tumit kaki dan di biarkan selama 10 sehingga 15 minit sebelum anda mandi. Anda perlulah kerap mengamalkan tips ini bagi menhilangkan rekahan dan melembutkan tumit kaki anda.
Cara Penggunaan:
Anda perlu menyediakan kunyit, susu atau yogurt yang dicampur dan kemudiannya di letakkan di atas muka. Biarkan mask yang mempunyai bahan campuran itu selama satu malam dan bersihkan muka anda pasa keesokkan paginya. Selain itu, anda boleh meletakkan secubit serbuk kunyit dan campurkan bersama pelembap(moisturizer) yang perlu di gunakan sebelum bersiap. Untuk keputusan yang lebih memberangsangkan, anda perlu lah mengamalkan rutin ini sekurang-kurang nya dua kali seminggu pada jangka masa yang lama sebelum anda menghadiri majlis majlis penting untuk kelihatan sihat dan muda.
Cara Penggunaan:
Kunyit boleh digunakan dalam menghapuskan kelemumur dengan mencampurkan ia bersama minyak zaitun dan applikasikan campuran ini di kulit kepala sebelum mencuci rambut. Biarkan campuran di atas kepala selama 15 minit dan bersihkan ia menggunakan syampu.
Cara Penggunaan:
Dengan mengunakan kunyit yang dicampurkan dengan bahan herba dan bunga yang bewarna kuning seperti calendula dan teh chamomile. Campuran ini kemudiannya didihkkan dan selepas disejukkan, tuangkan ia di atas kepala. Biarkan campuran di atas kepala selama 15 sehingga 20 minit dan basuhkan ia untuk mendapatkan warna rambut yang terang.
-sumber dari Bloq
Pokok Kunyit di taman mini herba Kosass dipantau oleh Puan Marlisha Binti Zaki .
Tarikh Input: 14/02/2019 | Kemaskini: 14/02/2019 | zulkif
KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN.