Pada 12 April 2023 telah berlangsung sesi kunjungan hormat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) ke Pusat Pertanian Putra (PPP) UPM. Sesi berkenaan telah berlangsung dengan perbincangan kerjasama bagi usaha-usaha pembangunan pertanian pelajar oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengetua KOSASS kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin, Pengarah PPP. Turut hadir adalah Ketua Felo En Ahmad Alfan Hidayat, Felo Penasihat En Shuhaimi, Naib Presiden MPK Saudari Miya, Saudara Asshraff Pengerusi Kelab dan ahli Kelab Gempur Tani KOSASS
Tarikh Input: 14/04/2023 | Kemaskini: 14/04/2023 | zulkif
KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN.