19 JANUARI 2023 Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) menerima kedatangan 40 orang peserta Kebun Komuniti Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang mengadakan Program Kerjasama Pembelajaran dan Penanda Arasan ke Tapak Projek Gempur Tani KOSASS.
Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengetua KOSASS dan Puan Hjh Norlina Muhammad, Ketua Penyelaras Kebun Komuniti Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Seterusnya peserta di bawa ke Taman Pertanian A dan B KOSASS bagi meninjau teknologi tanaman dan taklimat disampaikan oleh En Alfan Hidayat, Felo Penasihat serta Pengerusi Kelab Projek Gempur Tani KOSASS, Saudara Ashraff dan ahli kelab bagi tamanan fertigasi cili, semburan sprinkler dan tanaman sayuran.
Para peserta Kebuniti juga berkongsi kepakaran dengan pengalaman dengan pelajar KOSASS. Semoga kerjasama ini akan berterusan untuk manfaat bersama dalam menyahut seruan sederap melangkah menuju Al Falah dari Menara Ilmu.
Tarikh Input: 20/01/2023 |
Kemaskini: 20/01/2023 | zulkif
PERKONGSIAN MEDIA