KATA ALUAN PENGETUA | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE

KATA ALUAN PENGETUA

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, dengan izinNya laman sesawang Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dapat dihasilkan selari dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa.

 

        Aktiviti-aktiviti kolej ini telah dapat direalisasikan dengan adanya para penghuni yang cergas, berwibawa serta kerjasama mantap di antara pihak pengurusan kolej, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Palapes, UPM serta pihak fakulti.

 

        Selain daripada itu, pentadbiran kolej yang diterajui oleh pengurus, felo dan staf  sokongan yang sentiasa komited dalam memastikan segala infrastruktur dan persekitaran dalam keadaan yang kondusif dan mesra penghuni. Ini merupakan sebahagian daripada pemangkin supaya penghuni khususnya pelajar yang menginap di KOSASS akan mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Faktor ini adalah sesuai dan selari dengan moto kolej ini, "Once KOSASS, Forever KOSASS". Lantaran itu sudah pasti KOSASS akan dapat melahirkan para professional yang bertahap tinggi dan akan sentiasa berjasa kepada pihak universiti dan negara.

 

        Akhir kata, saya berharap agar penghuni kolej ini dapat bijak mengimbangi keperluan akademik, kokurikulum, dan tanggungjawab terhadap kolej. Para penghuni perlu meningkatkan kecemerlangan diri dan tahap profesionalisme untuk memastikan kolej ini akan menjadi pusat penyemai nilai-nilai murni dan simbol kecemerlangan ilmu serta kemahiran insaniah selaras dengan falsafah Universiti Putra Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan negara tercinta, Malaysia.

 

 

Lt. Kol. Othman Bin Jailani

Pengetua

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia

Updated:: 15/11/2017 [zulkif]

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467382
0389467383
C1516643394